Saturday, December 31, 2011

Boooosannnn

So bored with all the book in front of me! Yelah belajar dari zaman tadika (I started my kindergarten since I was 4 years old weh ) mahu tak bosannya. Dari kecik sampai besar and dah masuk U pun masih belajar BI tapi kalau orang putih datang tanya mana nak kencing nih adik oiii terus badan jadi halimunan padahal badan beso tong dram. Itu belum dikira grammar lari berterabur! plural singular ehh amenda tu weh??? 

" Korang nie kenapa lah tak pandai-pandai cakap orang putih?? nape lah benak ayam labu korang nih?" 
" La cikgu nih kitakan orang Melayu mana nak pandai cakap orang putih"
" Abes tu negro pandai pulak cakap orang putih"
"---------------(speechless )"

Kalau korang tak faham lawak diatas memanglah korang benak ayam labu. Kasar tau!

Seriously tiap-tiap hari nak kira berapa hari lah nak habis belajar padahal tak sedar nuh lagi 2 tahun nak habes! Gila sumpah rasa macam ohhh buku tolonglah baca diri sendiri. Sekarang demam final tapi kenapa aku sorang tak berjangkit pun demam final nih. Memang terlebih dos imunisasi. 

Kalau tengok subjek yang ambil this semester macam rasa mak ehhhh tobat kena pulun awal-awal bukan pelan-pelan kayuh. Susah nak mati, mati pun tak susah macam nih kot tapi inilah hasilnya layan blog je kojenye. I hanya dapat layan blog je sebab I dah disactive  FB sebab ia bosan.

What FB bosan? Bosan FB? hak3 kiranya aku bosan dengan semua. FACEBORED! Korang tak rasa bosan ke dengan FB tu? 

Oh maybe aku je rasa macam tu............................ 


Friday, December 30, 2011

Nak jugak

Since semua orang dah angau dengan OMBAK RINDU. Aku rasa aku pun patut bagi comment dari spek mata petak nih. Maaf lah sebab lambat sikit angaunya coz kiteorang download dari internet. Save budget sikit. Tapi macam sedih sikit sebab cerita tu tak diolah dengan sempurna. Maybe pengarah dan kaum kerabatnya macam dah nak tercabut segala jenis rambut nak pendekkan cerita tu. Aku pulak dengan senang hati, confident dan tanpa segan silu nak condemn kerja orang buat.  Ngeh3 bagi menjaga hati pengarah dan kaum kerabatnya so aku pon memilih untuk mengomen si Haris!

Hanis texted I " You rasa nak kahwin je you tengok cite Ombak Rindu"

So sekarang I percaya 10001% cakap Hanis. I pun rasa nak kahwin sambil membayangkan Aaron tu jadi hasben I! Gila gatai kalau adik I baca entry nie memang dia canang abis satu rumah nih. Patut la si Mila nak jugak nak jugak nakkkk jugakkkk kahwin dengan Haris. Eh tapi Haris pon pasrah suka je !_!




Alang-alang dapat kahwin nak cari hasben yang kaya so rumah mengadap laut dan ada buaian.
 So kalau main buaian laju-laju lepas tue terlepas takpe sebab terus masuk dalam air..sukeeewwwwwnyeeewwww!






"Ala sayang penat tau abang berlari-lari berkejar-kejaran cari sayang. Jangan majok ek". 
Kalau boleh tiap kali nak merajuk nak dok celah batu lah






Okeh  sebab abang selalu berlari-larian dekat celah-celah batu nak memujuk sayang so sayang akan jaga abang walaupon tengkuk abang dah tak berapa nak betul. ouch!





Mak eh Aaron @_@.. dup dap dup dap lah!!! nak kahwin lah kalau dapat hasben mula-mula muka garang nak mampos tapi at the end dia romantik kot. Hak3 isteri Aaron nih mesti kembang semangkuk bila orang puji laki dia..Eh bukan setakat puji siap wish lagi dapat  hasben macam dia. Tapi kalau I dapat hasben macam Aaron, I tak sanggup bagi hasben I berlakon ateh katil..

“Redha tu ikhlas. Pasrah tu menyerah."



You guys should read this blog too Iz Yana  . Look like she watched Ombak Rindu more than 2 times! and how she is so in love with Aaron just like me.Thumb Up!



Saturday, December 24, 2011

Saja cari nahas

Final just around the corner! Tapi saja nak balik kampung nak tengok tv, saja nak balik kampung untuk rasa durian, makan makanan yang best-best sebab kalau duduk dekat kolej kena tahan nafsu dari ambil makanan penuh pinggan sebab takut kena mahal. Kalau dekat rumah lepas makan nasi mesti ada dessert yang menyelerakan.

Adakah patut balik sedangkan paper untuk semester nih banyak membaca dari A sampai Z ditambah dengan subject pengiraan yang pergi ke kelas hanya untuk nganga mulut then salin saja note tanpa tahu asal-usul rumus tersebut. Menambahkan parah bila subject wajid yang diambil dari awal sem sampai nak final tak tahu hujung pangkal. Pergi ke kelas hanya skodeng lelaki-lelaki yang kacak, hot berapi spicy  WTH (u_U)

Memang cari nahas balik kampung untuk study week tapi nak buat macam mana dah sampai dah kampungnya. 

Friday, December 9, 2011

Akhirnya

       Siapa tak kenal Siti Nurhaliza? ohh i should put Dato' in front of her name... Dato Siti Nurhaliza. Kalau peminat dia mesti harap dapat berjumpa dengan dia dan bukan peminat dia pun mesti nak tengok dia in person. Macam mana suara dia.  Dulu masa I kecil-kecil cili padi sepupu I tipu katanya Ct ada buat show. Dengan bodoh-bodoh pergilah bersiap padahal kalau difikiran kembali manalah mampu penganjur nak ambil CT.. mahal tu. 

       Jadi bila dah besar panjang (bukan lebarkah?) harap dapat jumpa dia face to face. Tapi memang tak dapat jumpa dia since dia bukan tinggal di area kawasan perumahan kita plus dapat pula tempat belajar kawasan yang bagai terpencil (maaf la orang P*****) jangan haraplah nak jumpa dia. Jadi sebagai pengubati hati peminat yang tak pernah jumpa so follow her on the twitter. Follow saja tak cukup so kadang-kadang stalker dia. Hak2 I bukan peminat tegar tapi she inspired me a lot.

        Dalam FB, one of my friend bagi tahu yang CT datang ke Watson Kangar.. Hak3 my reaction? terkejut? Excited? NO LAH macam nak gelak sebab kedai dia tu kecil je macam mane kalau kena rempuh. TIPU, DUSTA semualah. But once I dah bukak Twitter...




Apa lagi ajak lah housemate temankan..Walaupun kena beratur berhimpit-himpit bau masam ketiak orang sebelah tapi memang berbaloi. Tapi terkilan sebab masuk Watson kena beli barang SIMPLY CT dulu. Memandangkan I nie student plus Simply C5 cream baru saja beli sewaktu promotion so  I just bought Eyeliner Electric Blue.. hak3 selalu pergi Watson untuk try warna nih. So dapat jugak beli this kind of eyeliner.


         OHH tak perlulah nak kata apa-apa o_O

***kredit to Vind yang bawa handphone yang "sangat canggih"
     and kepada pekerja Watson and paling penting akak dan abang simply CT.. ada abang sorang tu hensem lah ....

Friday, November 11, 2011

Tahu hak anda!

Hello bertemu kita kembali...haaa lost sudah nak tulis apa. Mula-mula ingat nak buat introduction gaya Chef Wan memasak. Mungkin penangan Masterchef Malaysia, apa komen korang pasal show tu? I rasanya tak ada benda perlu dikomen since it's first seasons........

Eh memang nak comment juga." Kenapa Chef Riz tu perlu pakai macam Matt Preston?

Saja nak bagi korang berfikir.

Ada kena mengena ke dengan tajuk diatas?  Memang tak ada secara langsungnya. Entry kali ini I nak cerita pasal hak kita sebagai pengguna. Dah banyak kali terkena batang hidung sendiri dan kawan-kawan ketika shopping bersama-sama.

Case 1:   Kejadian ini berlaku di W****N  Ipoh, bila I dengan kawan-kawan I terpandang betapa murahnya
              deodorant, tangan terus sahaja menyambar 2-3 deodorant sebab satu deodorant jimat around RM3!.
              Last-last bila discan di kaunter its price just like a normal price! How come deh?
              Bila kteorang taknak beli, cashier tu cakap " U must buy the items since it already scanned".
              Puas bertekak sebab salah kedai tu yang tak turunkan harga discount.
              Last-last sekali I cakap " I need to talk to your manager",
              Bila manager keluar je hambik kena sembur  dengan kawan-kawan I and guess what?
              Kteorang menanglah sebab manager tu pon takut tengok muka yang berapi! hek3

Case 2:  Berlaku di W****N juga tapi area Kangar. Tengok shampoo yang dicombine bersama conditioner
              just around RM19 something and it has discount, so the price around RM17 something,
              bila nak pergi bayar memang terkejut beruk sebab there is no discount.
              Bila tanya cashier, dia bagi jawapan annoying sangat-sangat
              " itu harga discount tapi discount sampai semalam ja" dan paling-paling annoying
              bila dia suruh kita beli jugak barang tu sebabnya dia dah scan.
              Sebabkan I dapat kawan yang malas  bertekak, kawan just bayar harga shampoo tu.

Case3:  Baru je berlaku semalam, T** S***E nih memang I tahu jenis letak tanda harga suka hati je.
            So time kakak I nak beli shower cream dettol nih die terpandang la
            shower cream with refill pack,  belek punya belek tapi  still tak jumpa lagi harganya
            dan price checker pon rosak time-time genting macam nih so tawakal saja lah guna
            harga yang dekat pelekat  botol tu " WORTH than RM12.90"
            lagipon pekerja yang menghulurkan botol pada kiteorang senyap je.
            Tapi bila nak bayar harganya RM19.90. Pekerja tu still suruh bayar walaupun
            kiteorang tak nak  barang tu.

Alasan dia sungguh cliche,
Cashier :  I dah scan so I tak boleh nak cancel, lagipon supervisor I cuti hari nih",
Kakak  :   So bukan masalah saya kalau supervisor U cuti..just cancelled it.
Cashier :  Mana boleh cancel suka-suka hati. Lagi pun salah U sebab tak tengok harga betul-betul
I           :   Hurm nak tengok harga kat mana ye? Price checker tu tak payah ada pon tak pe asyik rosak je.

Lepas itu senior cashier datang dan cakap "Cancel je tekan butang cancel tu. Senang cerita",
dan cashier tu terus cancelkan shower cream tu dan kami hanya perlu bayar barang yang lain. Tapi sebab mulut I jahat I sempat perli
 "Aik boleh pulak cancelkan? Nie T** S***E je, JJ yang besar tu pon still boleh cancel barang kalau kita tak nak"

**********************************************************************************

Penat cerita contoh nih. We should fight for our rights! Kita orang yang berpendidikan mesti tahu gunakan duit kita dengan betul. Kita mesti berani lawan tapi lawan mulut je tau, takut pulak ditarik rambut tukang cashier terus
"SEE YOU IN COURT"

Adakah anda seorang yang akan lawan habis-habisan untuk hak anda sebagai pengguna walaupun ia sekadar RM2, walaupun semua orang memerhatikan anda tapi akhirnya apabila pihak peniaga mengaku anda pemenangnya  dan anda bergembira tersenyum lebar?

Atau pun anda seorang yang akan lawan untuk hak anda tapi sebelum visel separuh masa pertama berbunyi anda sudah mengangkat bendera putih dan membayar harganya kepada peniaga dan akhirnya pihak peniaga bergembira tersenyum lebar tapi anda pula menyumpah seranah sampai esok pagi, bercerita kepada housemate, colleagues siap kedai tu anda banned sampai mati?

Dimanakah posisi anda?

Sunday, November 6, 2011

Hey it's my turn ek?**edited

Hello!

            My birthday just passed a few months ago tapi baru tergedik nak post pasal kehebatan kawan-kawan menyambutnya..Maaf kepada housemates sebab ambil masa yang lama nak share tentang ketelitian korang dalam merancang idea ni. Tahukah korang setiap kali bila aku nak buka pintu rumah, mesti terbayang memori nih. Eh apasal nak  emo nih!

            Perancangan kawan-kawan berjalan dengan lancar apabila I cakap OK untuk habiskan duit di kedai atuk Colonel. Dalam fikiran I hanyalah "YES BOLEH SKYPE DENGAN HANIS" tapi dalam fikiran  para perancang mestilah "YES MASUK JERAT" !


It's oreo cheese cake. Can I have another  for this weekend?

       
  I sebenarnya sangat terkejut bila buka je pintu rumah tetiba ada cahaya oren. I thought it was a ghost! Seriously! Rupa-rupanya cahaya lilin birthday I

           
Terkeju dengan terharunya







Para Perancang



Thanks to all my friends who wished for my birthday! Ingatan korang buat I rasa I gadis popular..eeeuuuwwww!

Friday, September 30, 2011

Mari Menghargai Kawan

Kenapa perlu kita bercakap buruk tentang kawan kita? Bagi tahu kawan A yang si Joyah tu suka cakap besar-sebesar belon udara. Lepas itu saja melepaskan perasaan terasa +sakit hati kita pada Si Joyah dengan bagitahu Si A suka putar belit cerita dongeng menjadikan ia sebuah cerita realiti kehidupan penuh ranjau. Siapa tahu yang dibelakang kita si Joyah dengan Si A pun bercakap tentang hal kita (sambil geleng-geleng)


Daripada kita bercerita keburukkan kawan kita, marilah kita menyucikan diri serta jiwa dengan selalu berfikiran positif dan open minded seluas-luasnya. Apabila kawan kita mula buat perangai yang sangat annoying :- Tarik nafas dan bermonolog dalaman lah kita

"NOBOBY PERFECT including ourself"

Trust me, yang kawan buruk perangai masih ada nilai-nilai terpuji dalam diri dia ( it's sound like komsas, right?). So lets take a deep breath and appreciate what our friends do to us every single minutes. 

Know their favorite foods. This is the most simple things  but it will show how deep our friends care about you. Katakan anda seorang "eating donuts with the coffee  is best things ever", jadi kawan-kawan yang tolong belikan anda sarapan tak perlu mengejutkan kita dengan bunyi telefon yang nyaring dan bila dijawab call " kat kedai nih ada jual kuih ketayap, karipap ayam, pau nyiur, kek yang macam tunggu hari nak berkulat, bla bla bla dan donut". No more morning call! Yang tahu bila kawan-kawan sampai rumah keharuman donut gebu-gebu buat rasa ia harus dimakan segera walaupun gigi tak digosok lagi. XOXO kepada kawan yang buat begini untuk kita.

Kawan baik saya-Hanis pantang nampak mini cooper dan dengan pantas dan efisennya dia akan take the picture of our dream car! Lepas tengok gambar dia bersama kereta mulalah berangan sambil selak kelendar bila nak habis belajar. Thank yea sebab belikan saya baju Harry Potter. Mesti dia penat sebab dapat kawan obses mini dan Harry Potter. XOXO kepada semua kawan saya yang tahu keobsessan saya 

Ada kawan yang tak makan durian? Elergi dengan durian? Takut biji asam jawa? Takut batang mancis? Rasa nak termuntah bila tengok nenas? Mula-mula bila kita dapat tahu kefobiaaan mereka mesti tergelak sebab tak masuk akal tapi ramai orang pelik di dunia nih! Jadi untuk buat diri rasa dihargai oleh teman-teman yang mudah trauma :- kita jangan tunjuk benda-benda yang difobiakan. Takut ada yang demam seminggu lepas diusik. Tapi kita orang suka usik Tkah dengan beli pulut durian @ buat paling jahat beli durian 2-3 biji then masukkan dalam bonet kereta Tkah. Sampai rumah makan dengan gaya diraja supaya Tkah terperap dalam bilik padahal tak sedar diri kalau bukan Tkah yang bawa kitaorang pergi pasar malam siapa lagi nak bawa kitaorang. XOXO pada kawan yang tahu kefobiakan kita!

Kawan yang saling melengkapi. Jangan ingat kalau pasangan bercinta je yang kalau awak jadi kereta saya jadi sterengnya, kalau awak bunga sayalah tangkalnya. Berkawan pun ada macam tu cuma diubah untuk lebih dramatis kalau awak penyapu sayalah dapurnya maksudnya rumah kita masih lagi bersih dan masih tak perlu berlapar. XOXO kepada kawan yang saling melengkapi hidup kita.

Faham bahasa tubuh kita. Bila pergi shopping mall, adalah salesgirl akan tarik tangan kita suruh kita try sambil buat promosi yang nampak plastik : cubalah shampoo nih tengok rambut saya lembut,bersinar, kuat, guna jari pun boleh. Padahal dari jauh dah boleh nampak rambut dia kering kontang dengan bercabang enam. Kalau dapat kawan jenis tak mempunyai kudrat untuk mengatakan TIDAK menlainkan hanya mengiakan kata-kata salesgirl rambut kering tu maka cepat-cepat kita berlari dan pegang tangan kawan cakap- kawan saya rambut botak lah dia tak perlu shampoo! XOXO kepada kawan macam nih tapi balik rumah memang nak kena lepuk!

Awak malam nih saya ada date dengan mamat pakai motor tayar tak cukup angin tue. Dia nak belanja saya makan sebab tolong isikan angin untuk motor dia. Mesej direply tak sampai 0.32 saat selaju search pak cik google " babe ape lagik cucuk die". " u jangan pakai baju sexy sgt plus makan tue jgn laa pelahap sangat cover skit". Kawan yang berkongsi keterujaaan adalah kawan patut termasuk dalam list nih.

 Ingat pesanan nih apabila kawan kita mula buat perangai yang sangat annoying :- Tarik nafas dan bermonolog dalaman lah kita

"NOBOBY PERFECT including ourself"

 Rasanya banyak lagi kawan-kawan saya yang sangat caring pada saya! Tak mahu untuk menulis semuanya. Tapi saya nak kawan-kawan saya tahu yang saya XOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXO pada korang!


p/s pasal trauma tue. Vind Aldama dan saya sudah mempunyai ketraumaan yang sama! High Five! :- Takut bunyi orang ketuk pintu  o_0



Saturday, September 17, 2011

Birthday turned to BUZZZDAY!

Seronokkan tengok muka kawan if kita buat surprise birthday to her. Ada yang betul- betul terkejut  contohnya macam Duha yang kalau saya jadi dia mesti dah boleh detect apa yang kawan rapat sedang planning  "o". Kalau ada kawan macam Duha tak perlu perah otak sesungguh-sungguhnya :). Tapi kalau dapat kawan macam Vind memang kena pandai perah untuk cari idea yang cukup bernas and as a result, waktu buat surprise birthday for her, dia buat muka betul terkejut but told us at end cake nak habis " Vind dah tahu dah korang pergi beli kek" :p

Tapi bila sampai giliran Tkah, dia cakap no need surprise and just buy a chocolate cake for her. She gave a good idea since she is cepat punya orang. Tapi sebabkan birthday dia jatuh pada tarikh dia balik kolej jadi dia mesti tak boleh hidu kiteorang punya plan.

Our earlier plan : Just buy a cake then told her that we having a lunch at Pizza Hut. Simple

Couple hours before our plan going to work: Vind texted us " Kiteorang nak pergi AS lu..jumpa kat sana"

What?? Masa itu emas, so jangan buang masa. Terus bersiap then singgah kedai cake. Siap ada tulis-tulis wish yang sangat annoying

    " DAH BOLEH KAHWIN DAH KAWAN KITA NIH". 

Took the cake then heading to AS. Met them and had a little shopping before our perut minta diisi. Bila tunjuk dekat Tkah yang kitaorang sempat beli cake, dia macam malu + terkejut. Yes our plan worked so well but when she opened the box......




Not only her but we surprised as well :) :) :) :)

Bila Berjauhan dengan Keluarga

DI RUMAH


  • Jadi seperti pahat dan penukul
Our mom mesti suruh kita buat itu buat ini, sidai baju lah, jemur baju lah dan  sampaikan sanggup menjerit dari dapur untuk panggil kita rasa masakan yang baru dia belajar dari Masterchef. Mostly kita hanya akan jawab lepas dia menjerit sampai nak tercabut anak tekak  dengan jawapan paling popular " jap lagik laa". Memang kena disuruh buat kerja baru rumah aman dari amukan para si ibu.


  • Bon Appetit 
Inilah jeritan para ibu yang kalau halus pun memang anak yang berada diluar rumah dapat mendengar dengan sejelasnya! MARI MAKAN. Basuh tangan, tarik kerusi and pilih je lauk yang ada depan mata. Semua menepati selera anak tekak. Lupakan ayam goreng, kicap dan juga sos kalau makan dirumah sebabnya dirumah mestilah emak sediakan AYAM MASAK MERAH, AYAM PERCIK.


  • Mesin basuh sentiasa berfungsi

Mesin basuh hanya dapat berehat kalau kita sekeluarga balik kampung. Tak perlu risau baju yang kita pakai sudah dibasuh  atau belum kerana tugas kita dirumah hanyalah mencampakkan baju ke dalam raga baju kotor  dan paling berat kerja yang kita lakukan hanyalah masukkan baju family kita dalam mesin dan orang gaji jepun yang buat semuanya. Seterusnya para ibu akan jemur dan lipat baju anak-anak + suami kerana sudah berputus asa dengan anak yang dipanggil tak juga kunjung tiba.


  • Panggil saja kerja siap!
Kalau paip bocor, hanya perlu mengadu pada ayah dan tak sampai 5minit siap! Kalau batang paip tercabut, satu rumah bergegar tapi hanya beberapa minit ayah dapat handle. FUH!. Kalau teringin makan hanya perlu bagi tahu ibu dan beliau akan masak. Nak makan durian tapi tak reti kopek, jangan risau ayah ada. SENANGNYA HIDUP !



DI KOLEJ



  • Tak perlu disuruh-suruh
Kalau pijak lantai bilik tu rasa macam dekat tepi pantai, maka dengan rela hatinya ambil penyapu dan sapu lantai bilik siap dengan ruang tamu dan dengan bagusnya kita offerkan diri tolong sapukan lantai bilik kawan. Bila kawan puji betapa rajinnya kita, kita akan gunakan jawapan popular nih " alang-alang dah pegang penyapu'. Kalau lagi rajin siap mopkan lantai.


Duha dengan rajinnya mopkan lantai satu rumah..

  • Nak makan kat mana lah nih
Time untuk berfikir nak makan dimana @ makan apa bukan difikir dalam masa 5minit sebelum waktu makan tiba tapi difikir malam sebelumnya lagi. Kalau ada 350 cafe dekat area kolej pon mesti semua ada keburukannya saja. "Kedai A tak sedap sangat tapi murah", "Kedai  S tu mahal, tak tahu ke tempat student". Semua kedai tak sesedap makanan rumah.  "~"


  • Baju melimpah-melimpah ke ladang jagung
Belilah bakul besar mana pun mesti tak cukup. Baru nak basuh baju, tengok kawan guna ruang ampaian,  so CANCEL basuh baju. Nak basuh baju tengok berderet bakul-bakul pakaian depan washing machine so CANCEL. Baru nak jemur baju, nampak air menitik bak air hujan batu dari tingkat atas, so CANCEL jemur baju,  +_+


  • Tiba-tiba serba serbi boleh
Masing-masing pandang sama pandang bila tengok durian atas meja. Nak makan punya pasal guna segala kudrat yang ada semata-mata nak mengisi tekak dengan durian. Yang tak pernah kopek durian pun cuba kopek dan akhirnya dapat jugak makan durian. Kalau rasa nak jimat duit ditambah pula jemu makan di cafe, maka timbulah pelbagai resepi yang tak pernah dicuba. Aktiviti memasak jadi satu aktiviti yang best pulak. Cakap je nak masak apa, mesti pandai. Kalau tak pandai tapi teringin call saje family tanyakan resepi. Kalau batang paip tercabut, dengan tak gabranya berlari tutup paip utama pastu buatlah laporan. Hebatkan :)


Macaroni Goreng 





Nasi Goreng Bodo-Bodo


Thursday, September 15, 2011

Order Siap-siap

Apabila terlalu lama menghabiskan sisa-sisa remaja selama empat bulan cuti nih dirumah maka haruslah pandai-pandai fikir yang cuti ini sudah pun berada di hujung tanduk! sigh~
Untuk menunjukkan protes kita tak nak balik, barang-barang dipacking malam sebelum nak berangkat, baju-baju baru keluar dari mesin basuh :(
Paling berat untuk kita meninggalkan rumah mestilah TV + ASTRO dan sanggup berpaling untuk kali kedua untuk menunjukkan keakraban kita dengan tv.
Nak tak nak terpaksa berpisah but came out with this idea :), asked my cousins to record all my favorite show.Takut budak-budak hingusan ini terlupa bila show akan start, so I lekatkan nota sebelah tv untuk menganggu konsentrasi mereka bergelak ketawa sewaktu menghadap tv :)













Added a new note to them before went to Perlis

Tuesday, September 6, 2011

Salah Tarikh

Bila chat dengan Faday, dia kata minggu depan dah kena balik Penang, and I just
 " wah cepatnya"
Pastu bila tengok FB Dayah katanya siap-siap untuk balik Perlis, 
"wah semangat minah nih nak balik Perlis"
Masa keluar teman kakak beli  barang  kakak tanya 
" Oit dah beli barang belum??"
I jawab  .. "Ish rilex lah minggu  depan lah nak perginya"
Sambil kakak I buat muka binggung
" Hoi  minggu depan start kelas mestilah SABTU nih hang pergi"

Sigh~~~~

Friday, September 2, 2011

Saya yang dijadikan topik perbualan

Kalau kawan-kawan yang baca blog nih mesti ingat blog ini dipenuhi dengan topik yang sangat negatif. Yela time-time hari raya pun boleh lagi mengumpat  meluahkan perasaan.Tapi nak buat macam mana cerita ini diharap mampu dijadikan iktibar pada orang-orang yang berperangai macam tu  dan paling diharap orang macam saya tidak akan lagi didikriminasi..

AL-KISAH TERSEBUTLAH KISAH...........

Disebabkan raya pertama hanya beraya di atas katil yang sangat empuk, maka apabila bangunnya pada raya kedua terus berazam " HARI NI AKU NAK PERGI BERAYA". Siap-siap terus pergi rumah keluarga MENTUA punya sepupu lah.

Belum sempat buka kasut dah dengar " haaaa budak tubuh sihat dah mari". It's nothing because I know my cousin very well..kuat menyakat :). So bila masuk dalam rumah baru perasaan yang sepupu sedang bersembang sedang kawan perempuan saya. Kawan perempuan saya ini kiranya baru je menjadi ahli keluarga mentua sepupu saya. WHAT A SMALL TOWN betul lah :p

Sambil bersalaman dan mengucapkan hari raya, 
how can she said " hang nie aku tengok makin sihat jek",
 then  I just blah. Yelah tak kan still nak tunggu perempuan tu cakap sepanjang esei.
Kalau rumah sendiri boleh lah cakap " kereta ada kat depan so sila lah balik".
So untuk sejukkan hati duduk kat sudut yang jauh sikit sambil usik-usik sepupu lain tapi telinga boleh  tangkap apa yang suku kaum yang suka mendikriminasi kan orang  bercakap 
         
  Sepupu       : tak pe badan besar dia pon rajin dok dapur
  Perempuan :  Yeke..hari tue ajak pergi jogging tapi dia cakap MALAS..
                            lagipun dia cakap orang lain mesti ada suka dekat dia
                            walaupon badan besar 


Rasa macam nak tarik je tudung dia sambil berfikir bila masa aku bercakap tentang saiz badan dengan dia??? Kita bukan lah rapat sangat sampai semua nak cite kat awak ok!

Maybe perempuan tue rasa boring pulak sebab kakak, adik & myself duduk bersembang sesama sendiri,
so dia datang and sitting on my lap sambil cakap 
"UIIIIIII orang lain puase kurus hang puase dok lagi gemok  "
( versi bahasa kampung punya orang)
IGNORE her! that what we did to the people who never respect others people feeling.

Chema dan kakak cakap dia tue orang kampung so haruslah faham orang yang tidak pernah tengok dunia luar. Tapi bagi saya maybe perempuan tue tak ada topik untuk dibualkan dengan family yang baru kenal so dia memilih me as a topic!

Agaknya perempuan tu pelupa yang kawan yang dia katakan malas pergi jogging inilah yang teman bawakan dia pergi make up waktu dia kahwin..bukan sekali tapi 2 kali bawa dia jumpa mak andam dan sanggup bangun awal pagi and asyik menguap je tunggu dia bersiap dalam 3jam
What a pathetic! T_T
KENAPA SAYA DIJADIKAN TOPIK PERBUALAN????????

Wednesday, August 17, 2011

Seks seks!

Apa la kedajahnya tajuk diatas! Oh bukan seks yang tue ok! ini blog yang sangat suci dan murni..


" I HOPE DUIT SERINGGIT SERINGGIT IN MY WALLET 
WILL HAVE A SEX AND MULTIPLY IT"


haaa so faham la korang now I'm really broke!

Bila fikir-fikir balik, apa lah aku buat dengan duit aku selama nih.. double thinking!!!

Friday, July 22, 2011

Kakak Kahwin!! Part 1


Apa perasaan kita bila kakak kita yang selalu bank-in duit untuk kita tiap-tiap bulan MINGGU,
bila shopping mesti dia beli juga untuk kita walaupun baju tu kekadang agak sendat,
 yang bagi baju yang sudah gelebeh sana sini pada adiknya yang montel,
yang marah bila adiknya tak reti-reti nak mandi padahal semalam baru je mandi,
yang selalu berebut lappy adiknya sebab kakaknya malas buka PC yang besar gedabak (old style punyer sis),
yang berebut TV dengan adik-adiknya semata-mata nak tengok cerita yang dah  3 minggu direcord
atau
senang cerita setiausaha sulit kita sudah pun menjadi bini orang? 



sigh** penat! bila tulis kerja-kerja yang kakak I buat.
 Banyak rupanya kerja ko yer kakak! 
So sebagai gantinya serta membalas jasa yang tidak terkira hingga hujung dunia
Adik-adikmu ini sanggup menolong!
Mari kita tengok apa yang kami adik-adik pengantin tolong!


Tolong hiaskan bunga telur tapi xsampai 15minit cabut~


Try test samada  sofa nih cukup empuk 


Tolong setting ISO
(mentang-mentang paksu korang photographer)


Buat gaya model untuk pengantin sebenar berposing



Tolong setting tempat untuk pengantin


Photographer ada DSLR lebih so amatur try belajar guna


Tolong tengok pengantin pakai inai sendiri
sebabnya semua adik-adiknya geli pakai  inai!


Kawan datang tapi rupanya dia kena menolong
siapkan bunga telur yang ditinggalkan
sebagai membalas jasa..dapat bergambar dengan pengantin 



Sepupu-sepupu pengantin lelaki hanyalah
memayungkan diri sendiri


Makcik-makcik yang bagai nak tercirit
bawa barang2 yang berat


Adik-adik pengantin hanyalah menumpang glamour
sambil menjeling ke arah lelaki-lelaki BUJANG


Adik-adiknya langsung tak ingat nak hulurkan air
sadis rasanya


Sepupu-sepupu pengantin ambil kesempatan pinjam
PHOTOGRAPHER


Sepupunya tolong memenuhkan gambar


Tolong mencantikkan majlis dengan memakai
baju bertema




Adik-adiknya hanya menjerit
"Oit tak center laaaa"


Adik-adik tolong memenuhi masa groom
sementara the bride bersalaman dengan tetamu
( Take a look to the groom's face- MONYOK )


After a few sec the groom
"ah lama bini aku"
and kembali ceria 

Wednesday, June 8, 2011

I'm a SHOPHORLICKSSSSSS

Adakah anda seorang yang suka memikirkan masa depan? 
Sila HIGH FIVE dengan saya kerana saya juga suka memikirkan masa depan saya
“What I’m gonna be?” Am I gonna be an engineer or maybe something out of engineering fields?
Ehhhh bukan perkara diatas ada dalam fikiran saya. Perkara ini sangat merungsingkan  hingga buat diri berasa teruja
dan akhirnya diri berangan-berangan sehingga pipi patut ditampar!


Jeng Jeng
1


2


3


Belum pun cuti sem bermula, saya dah mula fikir untuk bekerja. Ketika revision pusing ke meja kawan sambil bercakap
“ Aku rasa aku nak kerja pejabat peguam, jadi kerani pun ok”.
Saya suka fikir masa depan saya sehinggakan waktu menunggu pintu dewan dibuka saya boleh cakap
“cepatlah habis exam, aku nak kerja nih”
Patutlah last paper kau tak berapa nak bagus sebabnya dalam fikiran kau tu sudah terlekat gambar Gabenor Bank Negara!

So habis saja paper perasaan berkobar-kobar nak cari kerja makin meluap-luap...
Tapi sebulan lebih cuti akhirnya SAYA MASIH DUDUK DIRUMAH! Apa kau nie Peah! Hangat-hangat tahi ayam betul!
Macam mana saya nak cari kerja kalau saya bangun pukul 2petang? Ada ke company nak budak yang muka
macam nampak sangat terkejut plus pelik sebab first time baru rasa matahari pagi?
Beberapa kali dok tertangguh nak hantar borang so saya cekalkan hati bangun awal (tak ada lah awal sangat,awal 5minit je)
On the way nak hantar saya sudah berangan........


Dapat gaji, nak beli crocs


Blue and Green always be my favourite 



Pastu nak beli kain pasang yang cun tuh



Ini je dapat dicari dalam Pak Cik Google



Then nak beli jeans yang nmpk peha yang besar nampak cukup panjang dan selim!






Ouch kerja untuk selamanya pon sanggup kalau dapat jeans cmgini



Ada lagi nak beli tapi tak lepas untuk dikongsi kerana sedih bila hantar borang,
 the 7e’s girl cakap
“Maaf laa kiteorang nak cari pekerja lelaki lah”
Hambik ko, lain kali bila dapat je borang kerja terus hantar jangan peram 2minggu borang tuh T_T

Sunday, April 17, 2011

Bila penakut berrtemu apa yang ditakut

Masa doctor pakar suruh all our family members buat blood test semua orang buat muka cuak and boleh pula bila doctor tu pegi terkeluar comment dari beberapa orang sepupu..
"Alamak anak aku 4 termasuk aku dengan bini udoh 6"
" Hak3 kang senang aku nih anak tak ada so 2 orang saje"
Time-time nih korang boleh buat lawak dengan muka cuak..Alahai padahal korang tu takut dengan jarum kan?
Cewaaah mengata orang takut jarum padahal aku nie ha yang takut jarum tahap maksima. Sampaikan kalau ada pameran kesihatan kat sekolah and pusat kesihatan buat ujian untuk tentukan kumpulan darah aku pandai je mengelak.
" Eh kau pergi laa buat blood test tu penting tu untuk tau kumpulan darah. Aku tak payah buat sebab mak aku cakap aku darah O." sambil tolak-tolak kawan suruh masuk queue. Pandai betul cari alasan untuk mengelak dari kena jarum padahal mak kita tu ramai anak macam mana dia nak ingat anak dia darah apa.
Kalau kena cucuk (bahasa kampung panggil cucuk jek) time rubella, BCG tue haa amik kau pucat muka tu tapi nak tak nak pejam mata rapat sampai nurse kata
" Orait siap sudah".
Sebabkan takut ada jangkitan tu maka aku pun cekalkan diri untuk buat blood test. Itu pun jenuh memikir. Sambil ditemani 3 orang kawan so pergilah ke hospital. Dipendekkan ceritanyer bila dah letak borang dekat makmal pathology belum sempat nak masuk chapter ke3 bersembang dah kena panggil
"Aik cepat pulak hospital kerajaan nih .Bagus-bagus tak dah orang bising-bising dalam paper dah"
"Nurse, u buat lembut-lembut ek.." sambil buat muka kasihan..Nasib baik nurse faham. Kredit pada nurse.
" Kalau U takut sangat jangan pandang" .Apalagi bukan setakat tak pandang aku siap pejam mata rapat-rapat  bila nurse masuk jarum..Hambik ko makcik yang tengah nak ambil darah pon boleh gelak and yang nurse tu confirm-confirm gelak bila dengan aku menjerit mengalahkan anak saudara Duha yang kecil lagi.
" Ala nak ambil darah lagi kew? " Boleh pulak aku tanya nurse walaupon mata pejam.
" Ish budak nih dah sudah laaa"
" Serius dah suda?" sambil buka mata and tengok satu picagari dia ambil darahnya.
Keluar dari bilik tu, aku mengadu-mengadu dekat member aku sambil sapu-sapu mata and cakap nurse and paling tak boleh blah makcik yang tengah ambil darah pun  gelak tengok aku menjerit.
" Oh bukan setakat makcik dalam tue ..nie haa makcik yang dekat luar bilik pon gelak dengar kamu jerit" Mak ehh malu nyer teman!



Kalau yang pernah buat blood test mesti tengok pelik je kapas nih.Ahaaaa padahal picture nih hanyalah lakonan semula. Thanks pada kapas muka and selotape Duha and paling penting gunting Vind yang dipinjam untuk lekatkan kapas muka nih. Result boleh tau dalam  masa 2 minggu. Baru puji hospital gomen nih cekap & efisen tapi lamanya nak tunggu 2 minggu  T_T