Sunday, April 17, 2011

Bila penakut berrtemu apa yang ditakut

Masa doctor pakar suruh all our family members buat blood test semua orang buat muka cuak and boleh pula bila doctor tu pegi terkeluar comment dari beberapa orang sepupu..
"Alamak anak aku 4 termasuk aku dengan bini udoh 6"
" Hak3 kang senang aku nih anak tak ada so 2 orang saje"
Time-time nih korang boleh buat lawak dengan muka cuak..Alahai padahal korang tu takut dengan jarum kan?
Cewaaah mengata orang takut jarum padahal aku nie ha yang takut jarum tahap maksima. Sampaikan kalau ada pameran kesihatan kat sekolah and pusat kesihatan buat ujian untuk tentukan kumpulan darah aku pandai je mengelak.
" Eh kau pergi laa buat blood test tu penting tu untuk tau kumpulan darah. Aku tak payah buat sebab mak aku cakap aku darah O." sambil tolak-tolak kawan suruh masuk queue. Pandai betul cari alasan untuk mengelak dari kena jarum padahal mak kita tu ramai anak macam mana dia nak ingat anak dia darah apa.
Kalau kena cucuk (bahasa kampung panggil cucuk jek) time rubella, BCG tue haa amik kau pucat muka tu tapi nak tak nak pejam mata rapat sampai nurse kata
" Orait siap sudah".
Sebabkan takut ada jangkitan tu maka aku pun cekalkan diri untuk buat blood test. Itu pun jenuh memikir. Sambil ditemani 3 orang kawan so pergilah ke hospital. Dipendekkan ceritanyer bila dah letak borang dekat makmal pathology belum sempat nak masuk chapter ke3 bersembang dah kena panggil
"Aik cepat pulak hospital kerajaan nih .Bagus-bagus tak dah orang bising-bising dalam paper dah"
"Nurse, u buat lembut-lembut ek.." sambil buat muka kasihan..Nasib baik nurse faham. Kredit pada nurse.
" Kalau U takut sangat jangan pandang" .Apalagi bukan setakat tak pandang aku siap pejam mata rapat-rapat  bila nurse masuk jarum..Hambik ko makcik yang tengah nak ambil darah pon boleh gelak and yang nurse tu confirm-confirm gelak bila dengan aku menjerit mengalahkan anak saudara Duha yang kecil lagi.
" Ala nak ambil darah lagi kew? " Boleh pulak aku tanya nurse walaupon mata pejam.
" Ish budak nih dah sudah laaa"
" Serius dah suda?" sambil buka mata and tengok satu picagari dia ambil darahnya.
Keluar dari bilik tu, aku mengadu-mengadu dekat member aku sambil sapu-sapu mata and cakap nurse and paling tak boleh blah makcik yang tengah ambil darah pun  gelak tengok aku menjerit.
" Oh bukan setakat makcik dalam tue ..nie haa makcik yang dekat luar bilik pon gelak dengar kamu jerit" Mak ehh malu nyer teman!



Kalau yang pernah buat blood test mesti tengok pelik je kapas nih.Ahaaaa padahal picture nih hanyalah lakonan semula. Thanks pada kapas muka and selotape Duha and paling penting gunting Vind yang dipinjam untuk lekatkan kapas muka nih. Result boleh tau dalam  masa 2 minggu. Baru puji hospital gomen nih cekap & efisen tapi lamanya nak tunggu 2 minggu  T_T

No comments:

Post a Comment