Saturday, September 17, 2011

Bila Berjauhan dengan Keluarga

DI RUMAH


  • Jadi seperti pahat dan penukul
Our mom mesti suruh kita buat itu buat ini, sidai baju lah, jemur baju lah dan  sampaikan sanggup menjerit dari dapur untuk panggil kita rasa masakan yang baru dia belajar dari Masterchef. Mostly kita hanya akan jawab lepas dia menjerit sampai nak tercabut anak tekak  dengan jawapan paling popular " jap lagik laa". Memang kena disuruh buat kerja baru rumah aman dari amukan para si ibu.


  • Bon Appetit 
Inilah jeritan para ibu yang kalau halus pun memang anak yang berada diluar rumah dapat mendengar dengan sejelasnya! MARI MAKAN. Basuh tangan, tarik kerusi and pilih je lauk yang ada depan mata. Semua menepati selera anak tekak. Lupakan ayam goreng, kicap dan juga sos kalau makan dirumah sebabnya dirumah mestilah emak sediakan AYAM MASAK MERAH, AYAM PERCIK.


  • Mesin basuh sentiasa berfungsi

Mesin basuh hanya dapat berehat kalau kita sekeluarga balik kampung. Tak perlu risau baju yang kita pakai sudah dibasuh  atau belum kerana tugas kita dirumah hanyalah mencampakkan baju ke dalam raga baju kotor  dan paling berat kerja yang kita lakukan hanyalah masukkan baju family kita dalam mesin dan orang gaji jepun yang buat semuanya. Seterusnya para ibu akan jemur dan lipat baju anak-anak + suami kerana sudah berputus asa dengan anak yang dipanggil tak juga kunjung tiba.


  • Panggil saja kerja siap!
Kalau paip bocor, hanya perlu mengadu pada ayah dan tak sampai 5minit siap! Kalau batang paip tercabut, satu rumah bergegar tapi hanya beberapa minit ayah dapat handle. FUH!. Kalau teringin makan hanya perlu bagi tahu ibu dan beliau akan masak. Nak makan durian tapi tak reti kopek, jangan risau ayah ada. SENANGNYA HIDUP !



DI KOLEJ



  • Tak perlu disuruh-suruh
Kalau pijak lantai bilik tu rasa macam dekat tepi pantai, maka dengan rela hatinya ambil penyapu dan sapu lantai bilik siap dengan ruang tamu dan dengan bagusnya kita offerkan diri tolong sapukan lantai bilik kawan. Bila kawan puji betapa rajinnya kita, kita akan gunakan jawapan popular nih " alang-alang dah pegang penyapu'. Kalau lagi rajin siap mopkan lantai.


Duha dengan rajinnya mopkan lantai satu rumah..

  • Nak makan kat mana lah nih
Time untuk berfikir nak makan dimana @ makan apa bukan difikir dalam masa 5minit sebelum waktu makan tiba tapi difikir malam sebelumnya lagi. Kalau ada 350 cafe dekat area kolej pon mesti semua ada keburukannya saja. "Kedai A tak sedap sangat tapi murah", "Kedai  S tu mahal, tak tahu ke tempat student". Semua kedai tak sesedap makanan rumah.  "~"


  • Baju melimpah-melimpah ke ladang jagung
Belilah bakul besar mana pun mesti tak cukup. Baru nak basuh baju, tengok kawan guna ruang ampaian,  so CANCEL basuh baju. Nak basuh baju tengok berderet bakul-bakul pakaian depan washing machine so CANCEL. Baru nak jemur baju, nampak air menitik bak air hujan batu dari tingkat atas, so CANCEL jemur baju,  +_+


  • Tiba-tiba serba serbi boleh
Masing-masing pandang sama pandang bila tengok durian atas meja. Nak makan punya pasal guna segala kudrat yang ada semata-mata nak mengisi tekak dengan durian. Yang tak pernah kopek durian pun cuba kopek dan akhirnya dapat jugak makan durian. Kalau rasa nak jimat duit ditambah pula jemu makan di cafe, maka timbulah pelbagai resepi yang tak pernah dicuba. Aktiviti memasak jadi satu aktiviti yang best pulak. Cakap je nak masak apa, mesti pandai. Kalau tak pandai tapi teringin call saje family tanyakan resepi. Kalau batang paip tercabut, dengan tak gabranya berlari tutup paip utama pastu buatlah laporan. Hebatkan :)


Macaroni Goreng 





Nasi Goreng Bodo-Bodo


No comments:

Post a Comment