Friday, September 30, 2011

Mari Menghargai Kawan

Kenapa perlu kita bercakap buruk tentang kawan kita? Bagi tahu kawan A yang si Joyah tu suka cakap besar-sebesar belon udara. Lepas itu saja melepaskan perasaan terasa +sakit hati kita pada Si Joyah dengan bagitahu Si A suka putar belit cerita dongeng menjadikan ia sebuah cerita realiti kehidupan penuh ranjau. Siapa tahu yang dibelakang kita si Joyah dengan Si A pun bercakap tentang hal kita (sambil geleng-geleng)


Daripada kita bercerita keburukkan kawan kita, marilah kita menyucikan diri serta jiwa dengan selalu berfikiran positif dan open minded seluas-luasnya. Apabila kawan kita mula buat perangai yang sangat annoying :- Tarik nafas dan bermonolog dalaman lah kita

"NOBOBY PERFECT including ourself"

Trust me, yang kawan buruk perangai masih ada nilai-nilai terpuji dalam diri dia ( it's sound like komsas, right?). So lets take a deep breath and appreciate what our friends do to us every single minutes. 

Know their favorite foods. This is the most simple things  but it will show how deep our friends care about you. Katakan anda seorang "eating donuts with the coffee  is best things ever", jadi kawan-kawan yang tolong belikan anda sarapan tak perlu mengejutkan kita dengan bunyi telefon yang nyaring dan bila dijawab call " kat kedai nih ada jual kuih ketayap, karipap ayam, pau nyiur, kek yang macam tunggu hari nak berkulat, bla bla bla dan donut". No more morning call! Yang tahu bila kawan-kawan sampai rumah keharuman donut gebu-gebu buat rasa ia harus dimakan segera walaupun gigi tak digosok lagi. XOXO kepada kawan yang buat begini untuk kita.

Kawan baik saya-Hanis pantang nampak mini cooper dan dengan pantas dan efisennya dia akan take the picture of our dream car! Lepas tengok gambar dia bersama kereta mulalah berangan sambil selak kelendar bila nak habis belajar. Thank yea sebab belikan saya baju Harry Potter. Mesti dia penat sebab dapat kawan obses mini dan Harry Potter. XOXO kepada semua kawan saya yang tahu keobsessan saya 

Ada kawan yang tak makan durian? Elergi dengan durian? Takut biji asam jawa? Takut batang mancis? Rasa nak termuntah bila tengok nenas? Mula-mula bila kita dapat tahu kefobiaaan mereka mesti tergelak sebab tak masuk akal tapi ramai orang pelik di dunia nih! Jadi untuk buat diri rasa dihargai oleh teman-teman yang mudah trauma :- kita jangan tunjuk benda-benda yang difobiakan. Takut ada yang demam seminggu lepas diusik. Tapi kita orang suka usik Tkah dengan beli pulut durian @ buat paling jahat beli durian 2-3 biji then masukkan dalam bonet kereta Tkah. Sampai rumah makan dengan gaya diraja supaya Tkah terperap dalam bilik padahal tak sedar diri kalau bukan Tkah yang bawa kitaorang pergi pasar malam siapa lagi nak bawa kitaorang. XOXO pada kawan yang tahu kefobiakan kita!

Kawan yang saling melengkapi. Jangan ingat kalau pasangan bercinta je yang kalau awak jadi kereta saya jadi sterengnya, kalau awak bunga sayalah tangkalnya. Berkawan pun ada macam tu cuma diubah untuk lebih dramatis kalau awak penyapu sayalah dapurnya maksudnya rumah kita masih lagi bersih dan masih tak perlu berlapar. XOXO kepada kawan yang saling melengkapi hidup kita.

Faham bahasa tubuh kita. Bila pergi shopping mall, adalah salesgirl akan tarik tangan kita suruh kita try sambil buat promosi yang nampak plastik : cubalah shampoo nih tengok rambut saya lembut,bersinar, kuat, guna jari pun boleh. Padahal dari jauh dah boleh nampak rambut dia kering kontang dengan bercabang enam. Kalau dapat kawan jenis tak mempunyai kudrat untuk mengatakan TIDAK menlainkan hanya mengiakan kata-kata salesgirl rambut kering tu maka cepat-cepat kita berlari dan pegang tangan kawan cakap- kawan saya rambut botak lah dia tak perlu shampoo! XOXO kepada kawan macam nih tapi balik rumah memang nak kena lepuk!

Awak malam nih saya ada date dengan mamat pakai motor tayar tak cukup angin tue. Dia nak belanja saya makan sebab tolong isikan angin untuk motor dia. Mesej direply tak sampai 0.32 saat selaju search pak cik google " babe ape lagik cucuk die". " u jangan pakai baju sexy sgt plus makan tue jgn laa pelahap sangat cover skit". Kawan yang berkongsi keterujaaan adalah kawan patut termasuk dalam list nih.

 Ingat pesanan nih apabila kawan kita mula buat perangai yang sangat annoying :- Tarik nafas dan bermonolog dalaman lah kita

"NOBOBY PERFECT including ourself"

 Rasanya banyak lagi kawan-kawan saya yang sangat caring pada saya! Tak mahu untuk menulis semuanya. Tapi saya nak kawan-kawan saya tahu yang saya XOXOXOXOXOXOXOXOXOXOXO pada korang!


p/s pasal trauma tue. Vind Aldama dan saya sudah mempunyai ketraumaan yang sama! High Five! :- Takut bunyi orang ketuk pintu  o_0



2 comments: