Friday, November 11, 2011

Tahu hak anda!

Hello bertemu kita kembali...haaa lost sudah nak tulis apa. Mula-mula ingat nak buat introduction gaya Chef Wan memasak. Mungkin penangan Masterchef Malaysia, apa komen korang pasal show tu? I rasanya tak ada benda perlu dikomen since it's first seasons........

Eh memang nak comment juga." Kenapa Chef Riz tu perlu pakai macam Matt Preston?

Saja nak bagi korang berfikir.

Ada kena mengena ke dengan tajuk diatas?  Memang tak ada secara langsungnya. Entry kali ini I nak cerita pasal hak kita sebagai pengguna. Dah banyak kali terkena batang hidung sendiri dan kawan-kawan ketika shopping bersama-sama.

Case 1:   Kejadian ini berlaku di W****N  Ipoh, bila I dengan kawan-kawan I terpandang betapa murahnya
              deodorant, tangan terus sahaja menyambar 2-3 deodorant sebab satu deodorant jimat around RM3!.
              Last-last bila discan di kaunter its price just like a normal price! How come deh?
              Bila kteorang taknak beli, cashier tu cakap " U must buy the items since it already scanned".
              Puas bertekak sebab salah kedai tu yang tak turunkan harga discount.
              Last-last sekali I cakap " I need to talk to your manager",
              Bila manager keluar je hambik kena sembur  dengan kawan-kawan I and guess what?
              Kteorang menanglah sebab manager tu pon takut tengok muka yang berapi! hek3

Case 2:  Berlaku di W****N juga tapi area Kangar. Tengok shampoo yang dicombine bersama conditioner
              just around RM19 something and it has discount, so the price around RM17 something,
              bila nak pergi bayar memang terkejut beruk sebab there is no discount.
              Bila tanya cashier, dia bagi jawapan annoying sangat-sangat
              " itu harga discount tapi discount sampai semalam ja" dan paling-paling annoying
              bila dia suruh kita beli jugak barang tu sebabnya dia dah scan.
              Sebabkan I dapat kawan yang malas  bertekak, kawan just bayar harga shampoo tu.

Case3:  Baru je berlaku semalam, T** S***E nih memang I tahu jenis letak tanda harga suka hati je.
            So time kakak I nak beli shower cream dettol nih die terpandang la
            shower cream with refill pack,  belek punya belek tapi  still tak jumpa lagi harganya
            dan price checker pon rosak time-time genting macam nih so tawakal saja lah guna
            harga yang dekat pelekat  botol tu " WORTH than RM12.90"
            lagipon pekerja yang menghulurkan botol pada kiteorang senyap je.
            Tapi bila nak bayar harganya RM19.90. Pekerja tu still suruh bayar walaupun
            kiteorang tak nak  barang tu.

Alasan dia sungguh cliche,
Cashier :  I dah scan so I tak boleh nak cancel, lagipon supervisor I cuti hari nih",
Kakak  :   So bukan masalah saya kalau supervisor U cuti..just cancelled it.
Cashier :  Mana boleh cancel suka-suka hati. Lagi pun salah U sebab tak tengok harga betul-betul
I           :   Hurm nak tengok harga kat mana ye? Price checker tu tak payah ada pon tak pe asyik rosak je.

Lepas itu senior cashier datang dan cakap "Cancel je tekan butang cancel tu. Senang cerita",
dan cashier tu terus cancelkan shower cream tu dan kami hanya perlu bayar barang yang lain. Tapi sebab mulut I jahat I sempat perli
 "Aik boleh pulak cancelkan? Nie T** S***E je, JJ yang besar tu pon still boleh cancel barang kalau kita tak nak"

**********************************************************************************

Penat cerita contoh nih. We should fight for our rights! Kita orang yang berpendidikan mesti tahu gunakan duit kita dengan betul. Kita mesti berani lawan tapi lawan mulut je tau, takut pulak ditarik rambut tukang cashier terus
"SEE YOU IN COURT"

Adakah anda seorang yang akan lawan habis-habisan untuk hak anda sebagai pengguna walaupun ia sekadar RM2, walaupun semua orang memerhatikan anda tapi akhirnya apabila pihak peniaga mengaku anda pemenangnya  dan anda bergembira tersenyum lebar?

Atau pun anda seorang yang akan lawan untuk hak anda tapi sebelum visel separuh masa pertama berbunyi anda sudah mengangkat bendera putih dan membayar harganya kepada peniaga dan akhirnya pihak peniaga bergembira tersenyum lebar tapi anda pula menyumpah seranah sampai esok pagi, bercerita kepada housemate, colleagues siap kedai tu anda banned sampai mati?

Dimanakah posisi anda?

1 comment: