Saturday, December 31, 2011

Boooosannnn

So bored with all the book in front of me! Yelah belajar dari zaman tadika (I started my kindergarten since I was 4 years old weh ) mahu tak bosannya. Dari kecik sampai besar and dah masuk U pun masih belajar BI tapi kalau orang putih datang tanya mana nak kencing nih adik oiii terus badan jadi halimunan padahal badan beso tong dram. Itu belum dikira grammar lari berterabur! plural singular ehh amenda tu weh??? 

" Korang nie kenapa lah tak pandai-pandai cakap orang putih?? nape lah benak ayam labu korang nih?" 
" La cikgu nih kitakan orang Melayu mana nak pandai cakap orang putih"
" Abes tu negro pandai pulak cakap orang putih"
"---------------(speechless )"

Kalau korang tak faham lawak diatas memanglah korang benak ayam labu. Kasar tau!

Seriously tiap-tiap hari nak kira berapa hari lah nak habis belajar padahal tak sedar nuh lagi 2 tahun nak habes! Gila sumpah rasa macam ohhh buku tolonglah baca diri sendiri. Sekarang demam final tapi kenapa aku sorang tak berjangkit pun demam final nih. Memang terlebih dos imunisasi. 

Kalau tengok subjek yang ambil this semester macam rasa mak ehhhh tobat kena pulun awal-awal bukan pelan-pelan kayuh. Susah nak mati, mati pun tak susah macam nih kot tapi inilah hasilnya layan blog je kojenye. I hanya dapat layan blog je sebab I dah disactive  FB sebab ia bosan.

What FB bosan? Bosan FB? hak3 kiranya aku bosan dengan semua. FACEBORED! Korang tak rasa bosan ke dengan FB tu? 

Oh maybe aku je rasa macam tu............................ 


Friday, December 30, 2011

Nak jugak

Since semua orang dah angau dengan OMBAK RINDU. Aku rasa aku pun patut bagi comment dari spek mata petak nih. Maaf lah sebab lambat sikit angaunya coz kiteorang download dari internet. Save budget sikit. Tapi macam sedih sikit sebab cerita tu tak diolah dengan sempurna. Maybe pengarah dan kaum kerabatnya macam dah nak tercabut segala jenis rambut nak pendekkan cerita tu. Aku pulak dengan senang hati, confident dan tanpa segan silu nak condemn kerja orang buat.  Ngeh3 bagi menjaga hati pengarah dan kaum kerabatnya so aku pon memilih untuk mengomen si Haris!

Hanis texted I " You rasa nak kahwin je you tengok cite Ombak Rindu"

So sekarang I percaya 10001% cakap Hanis. I pun rasa nak kahwin sambil membayangkan Aaron tu jadi hasben I! Gila gatai kalau adik I baca entry nie memang dia canang abis satu rumah nih. Patut la si Mila nak jugak nak jugak nakkkk jugakkkk kahwin dengan Haris. Eh tapi Haris pon pasrah suka je !_!




Alang-alang dapat kahwin nak cari hasben yang kaya so rumah mengadap laut dan ada buaian.
 So kalau main buaian laju-laju lepas tue terlepas takpe sebab terus masuk dalam air..sukeeewwwwwnyeeewwww!






"Ala sayang penat tau abang berlari-lari berkejar-kejaran cari sayang. Jangan majok ek". 
Kalau boleh tiap kali nak merajuk nak dok celah batu lah






Okeh  sebab abang selalu berlari-larian dekat celah-celah batu nak memujuk sayang so sayang akan jaga abang walaupon tengkuk abang dah tak berapa nak betul. ouch!





Mak eh Aaron @_@.. dup dap dup dap lah!!! nak kahwin lah kalau dapat hasben mula-mula muka garang nak mampos tapi at the end dia romantik kot. Hak3 isteri Aaron nih mesti kembang semangkuk bila orang puji laki dia..Eh bukan setakat puji siap wish lagi dapat  hasben macam dia. Tapi kalau I dapat hasben macam Aaron, I tak sanggup bagi hasben I berlakon ateh katil..

“Redha tu ikhlas. Pasrah tu menyerah."



You guys should read this blog too Iz Yana  . Look like she watched Ombak Rindu more than 2 times! and how she is so in love with Aaron just like me.Thumb Up!



Saturday, December 24, 2011

Saja cari nahas

Final just around the corner! Tapi saja nak balik kampung nak tengok tv, saja nak balik kampung untuk rasa durian, makan makanan yang best-best sebab kalau duduk dekat kolej kena tahan nafsu dari ambil makanan penuh pinggan sebab takut kena mahal. Kalau dekat rumah lepas makan nasi mesti ada dessert yang menyelerakan.

Adakah patut balik sedangkan paper untuk semester nih banyak membaca dari A sampai Z ditambah dengan subject pengiraan yang pergi ke kelas hanya untuk nganga mulut then salin saja note tanpa tahu asal-usul rumus tersebut. Menambahkan parah bila subject wajid yang diambil dari awal sem sampai nak final tak tahu hujung pangkal. Pergi ke kelas hanya skodeng lelaki-lelaki yang kacak, hot berapi spicy  WTH (u_U)

Memang cari nahas balik kampung untuk study week tapi nak buat macam mana dah sampai dah kampungnya. 

Friday, December 9, 2011

Akhirnya

       Siapa tak kenal Siti Nurhaliza? ohh i should put Dato' in front of her name... Dato Siti Nurhaliza. Kalau peminat dia mesti harap dapat berjumpa dengan dia dan bukan peminat dia pun mesti nak tengok dia in person. Macam mana suara dia.  Dulu masa I kecil-kecil cili padi sepupu I tipu katanya Ct ada buat show. Dengan bodoh-bodoh pergilah bersiap padahal kalau difikiran kembali manalah mampu penganjur nak ambil CT.. mahal tu. 

       Jadi bila dah besar panjang (bukan lebarkah?) harap dapat jumpa dia face to face. Tapi memang tak dapat jumpa dia since dia bukan tinggal di area kawasan perumahan kita plus dapat pula tempat belajar kawasan yang bagai terpencil (maaf la orang P*****) jangan haraplah nak jumpa dia. Jadi sebagai pengubati hati peminat yang tak pernah jumpa so follow her on the twitter. Follow saja tak cukup so kadang-kadang stalker dia. Hak2 I bukan peminat tegar tapi she inspired me a lot.

        Dalam FB, one of my friend bagi tahu yang CT datang ke Watson Kangar.. Hak3 my reaction? terkejut? Excited? NO LAH macam nak gelak sebab kedai dia tu kecil je macam mane kalau kena rempuh. TIPU, DUSTA semualah. But once I dah bukak Twitter...




Apa lagi ajak lah housemate temankan..Walaupun kena beratur berhimpit-himpit bau masam ketiak orang sebelah tapi memang berbaloi. Tapi terkilan sebab masuk Watson kena beli barang SIMPLY CT dulu. Memandangkan I nie student plus Simply C5 cream baru saja beli sewaktu promotion so  I just bought Eyeliner Electric Blue.. hak3 selalu pergi Watson untuk try warna nih. So dapat jugak beli this kind of eyeliner.


         OHH tak perlulah nak kata apa-apa o_O

***kredit to Vind yang bawa handphone yang "sangat canggih"
     and kepada pekerja Watson and paling penting akak dan abang simply CT.. ada abang sorang tu hensem lah ....