Wednesday, October 31, 2012

Sumpah buruk

Hi all!

Cuti-cuti sem nih memang aku tak akan sia-siakan penggunaan internet kat rumah aku. Haha laju woit
kalau dok kolej,  ko mandi pastu pegi tunggu turn mesin basuh pastu siap jemur belum tentu abes loading
sengalkan tu sebab aku malas bukak FB!

Time aku dok layan si Mat Luthfi  latest video, saja-saja bukak FB pastu terus aku pening lepas baca status kawan aku and dia buat aku rasa macam "OH SHIT GILER AKU TUA TAKLEH BACA TULISAN BUDAK2"

Haha actually aku nak je print screen status dia bagi korang pon pening tapi kang digomolnyer aku dekat Perlis sebab terang-terang pergi letak status dia dalam blog aku, siapo nak jawab ha? Status die bunyi gini lah (siap nk italic bagai aku nih)

"yeaaaahhh ariniew kitew b'jayew taw uwat kuih kegemeran kitew."
"mimpi too membuatkan kitew takot n sering berfikir..np cmew ni perlu timbul?"
"cmew dugaan too ade hikmahnyer"
"eeeewww tatot lah klaw mimpi too datang balik..tatotnyeww"
"tak de cpew cayunk :'( "
"jom la titow nanti leh mamam samew2"

**edit la sikit-sikit kang terang-terang kata aku complain gaya penulisan dia

Bayangkan aku memang sepatah haram tak paham apa ditulisnya. Dengan tulisan beso kecik beso kecik.. ish makin kuat aku guna otak! Yang heran boleh pulak tidur tukar jadi titow. Penat aku tafsirkan amenda lah. 

Kenapa perlu ditambah W dlm tidur? kalau malas guna perkataan kamus nah ambik "tdo" tu paling ringkas and jimatkan ruang sms. Kalau sorang je kawan aku yang suka tulis bahasa sanskrit aku cam no hal la sangat tapi ini 2-3 orang dok ikut. ayok!

Haaha actually adik aku pun dulu suka karang bahasa sanskrit. Sampai aku boikot kalau dia comment FB aku. Yela dah tak paham nak reply apakan? Nasib baik adik aku makan nasihat kalau tau maybe dia trauma nak comment status aku dah! 

Nak kata aku nih tua sangat sampai lembab tak boleh tafsir ayat terengkas.. rasa macam muda lagi. Nak kata aku lambat dengan arus tatabahasa sms macam tak logik. Nak kata inilah ayat terengkas zaman baru..haha ringkaskan tiba-tiba ada penambahan huruf W dalam tidur tu (aku tahu titow je. tu yang aku bagi contoh titow tu)

C'mon girls mari gunakan bahasa yang betul. Bukan lah tiba-tiba guna bahasa penuh time nak bersms
 " selamat petang, awak mari kita bersiar-siar di taman sambil jadi model saya untuk saya tajamkan skill photography saya"

itu nak kayakan tokey celcom, maxis etc. Just normal words and simple! kalau nak ringkas pon ok sebab ..siapa yang taknak hidup yang ringkaskan (ada persamaan ke?)  

let me share with you, why we need use a simple word?
  1. Sebab bukan semua orang faham ko tulis apa! contoh orang tua cam aku ha. Dibuat ko sms " tLg ToTop LAmpu TaW bIlE kO AbES *dY. goOd NitE..MuAh2" - memang confirm aku cuma faham good nite muah2 tu je.
  2. "pakcik bolew x anta cyew gi station bas.bas cyew kOl 2 nnt" - habit selalu tulis "terengkas" dah teruk sampai nak mesej dengan orang tua boleh guna ayat "terengas". Sian orang tua nak ringkaskan apa yang kita tulis
  3. lecturers yang memang kalau boleh kena guna ayat format tapi tersms " encik kt mnw tuew? cyew nak anta slip p'dftran niew haaa. Kalau aku jadi lecturer aku mesti aku balas ingat aku kawan hang!
  4. Eh very gedik ok!  Pastu rasa budak baru nak kenal dunia pun ada. Seriously itu yang aku rasa lah. Tak tau la kalau orang lain fikir.  




This video aku selalu layan dari dulu lagi. Video nih je aku layan dari Anwar Hadi nih (mat luthfi go!)  Tapi tepat apa yang mamat nih cakap. 

p/s  don't take it personally. It is just my personal opinion :')

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadan

assalamualaikum!

Ramadan datang lagi. I selalu ternanti-nantikan bulan ini sebab I suka makan..ahaz 
seriously sebab time nih semua akan ternanti makanan ape. ahaz again
actually menda-menda makan tu just a part of ramadan kan. 
I suka sangat bulan ramadan nih sebab time nih I rasa kehidupan I hanyalah bersama dengan keluarga.
Tak perlu bersusah payah siapkan menu untuk restaurant. Tak perlu nak bancuh air untuk costumers. Sunyi  dari order-order customers and kedai bukak selepas terawih ^_^

Kalau si Si manis yuyu and si stylo fatin liyana postkan pasal niat terawih. Aku malas.
Malas nak klik menda post gambar tu. Jadi silalah baca blog mereka. 

Kalau bercakap pasal bulan puasa nih I mesti teringat kenangan I nih
I was 8 years old that time.
 Sekolah petang plak memang dahaga bila ada je budak-budak hingusan tahap pekat warna hijau tak puasa.
Ajak minum sirap yg pekat kaler merah memang pak haji pon telan air liur gulp ha..
tapi sebab iman tebal skit dari kulit bawang so I rejected the offer and buat I menyesal!!!!
kenapa kau tak amik je air tu haaa

Tapi bila kawan aku sorang lagi ajak pergi tempat wuduk untuk ambil wuduk (yelakan dah name tempat wuduk)
Dan bila sampai je tempat paip aku tengok kawan aku sedap dok minum air paip 
Aku pon tadah la tangan (ape ingat dibekalkan cawan untuk minum ke?)
Sedap oii padahal air paip tu dah le ada banyak kuman.

Masuk kelas tapi keluar balik untuk minum masuk kelas keluar untuk minum
Sampai la ada ustazah nak masuk and dia minta senarai siapa yang keluar kelas.
Hahaha aku lupe ke tak tau ek kalau tak ada cikgu mean ketua kelas kena ambil senarai student yang keluar. 
Jadi pasrah saja bila ustazah tanya aku
" ha hafizah keluar banyak kali pergi tandas buat ape?"
"kencing ustazah" - satu kelas gelak

why? and bila I duduk kawan I bisik 
"asal hang cakap gi kencing cakap la pergi tandas"
yeah-yeah sampai sekarang I memang jujur.
sakit perut nak I akan cakap " jap aku nak *****"
Siap ada seorang kawan I skype and told me to change the way I talk
Tapi I hanya berubah sementara saja. (dah melalut)

Then bila makcik I ambil dari sekolah and asked me I nih puasa ke tak
mestilah I tak mengaku I minum air.
Dan ganjarannya boleh makan ayam golek!
Sumpah I tak berani nak cakap yang I tak puasa
I hanya puasa pada waktu cuti sebab kantoi lah kalau pergi tandas banyak kali kan...

tamat suda~
Salam ramadan al mubarak
mari kita rendahkan diri dan ego untuk bertakwa kepadaNya.

salam~

Friday, June 22, 2012

You are my top list

Happy birthday to you happy birthday to you, happy birthday to Hanis,
 happy birthday to you
(sila jangan baca sahaja ..tepuk la sekali)

Hari ini my best friend in the world punya birthday. haha 
since kiteorang sgt la jauh and dah lama tak jumpa dia ( 6 month oledi ek?)
So I just can wish to her through FB, sms n blog..
yeahh this post will dedicated to you dude.

Entry kali  ini merungkai persoalan yang hampir 8 tahun dalam benak I
Banyak persoalan kenapa I boleh terkawan dengan dia

1) sebab dia tak ada kawan 

Seriously mate nasib baik I nak kawan dengan you kan.. kalau tak you mesti terkapai-kapai nak kawan dengan siapa lah kan. erk
Ok actually terbalik masa mula-mula kenal zaman time busuk  form 1 kan dia lah yang tegur aku
" eh hang dulu sekolah rendah *****"
"aah la ingat aku ek tapi kenapa aku tak ingat hang?"
Then kami mulakan persahabatan. dia kenalkan dengan si gengster-gengster yang lain macam 
Zeck, Anis, Hidayah, Tkah eh byk la dia kenalkan. 
cam otai tak berapa nak diiktiraf lah dia nih.

2) Dia kenal serapat-rapatnya

Kalau orang lain akan cerita dari A sampai Z then sambung buat AA to ZZ kat boyfriend masing-masing..
I akan cerita kat dia. 
Sampaikan waktu I rasa nak jerit sebab dapat tempat praktikal yang sangat mencabar
I tekan no dia. tapi hampeh ingatan dia dah tua jadi dia selalu tertinggal handphone dia merata-rata.
Tak ada story yang rahsia antara kami (mesti hanis terharu dah time nih)
Dia kenal I seadanya. Waktu I sedih dia memang dapat baca I walaupon hanya SMS..
Dia tahu perangai baik I and of course perangai buruk I cm ****
Kalau I makan sikit-sikit kat restaurant dia akan
" weh pzah xyah la nak cover aku tau hang nak makan nih"
T_T meranapkan peluang untuk cari suami betullah kawan aku nih

3) Dia pengkritik tetap


Bukan la pengkritik cara I berpakaian @ suara yang merdu bak buluh tua nih
tapi dia pengkritik if I ada crisis dengan kawan-kawan
dia akan bagi tahu apa patut I buat 
and at the same this dia akan betulkan sikap I 

4)  Supportive

Yes kalau kawan-kawan anda ada unsur-unsur nih confirm korang akan sentiasa positive
Hanis seorang yang sangat supportive.
Bila I cakap I ada buat salah tapi dah minta maaf kat kawan I
she replied " Good job mate". 
Dia bukan seorang yang akan gelakkan kawan dia sewaktu kawan dia sedang melawan ego sendiri untuk memohon kemaafan.
Kalau I cakap apa sahaja kesukaan I 
Dia mesti lapangkan telinga sebab I akan cerita panjang-panjang punya story..

5) She there for you

Bila mama I dimasukkan ke hospital, she always asked me about my mom and selalu doakan mama I.
She there for me bila mama I meninggal.
Dia terus bekejar ke kubur and waktu tu bila I nampak dia terus kurang rasa beban 
and bila peluk dia I rasa life must go on. 
Kalau dia boleh harungi kenapa tak I.
Waktu-waktu mendung I, we always texted each others non stop 
(dah la kawan aku nih kalau kredit habis lambat top up)
tapi sebab tak bagi I sunyi dia akan SMS I sampai tertidur.
Really appreciated your help babe. 


6) She knows what you like @ dislike / kongsi minat yang sama

Kami peminat Harry Potter .hhaah
kami kongsi minat yang sama dengan suka berangan tapi kerja tak jalan..
hahah love it right?

7) Lurus

Haha bukan bendul ok. Kalau dia tak suka dia akan cakap tak suka.
Kalau dia tak setuju dia akan cakap tak setuju
So tak ada you pening-pening kepala nak pergi mana kalau jalan-jalan dengan dia.
Kalau dia marah kat I dia tak kan hempas-hempas pintu @ tarik muka 14inci 
Kalau salah we both akan mintak maaf sama-sama
tak kira siapa salah. 
It's better than orang lain buat salah tapi you yang kena minta maaf.

So secara conclusionnya, she like my orang kanan oOo
My life would become a disaster kalau tak ada dia
Kalau orang lain pilih suami yang akan buat si isteri rasa perfect
so do I
she makes me almost a prefect person
They way she talk, smile, kebalkan telinga sebab kena dengar cerita rubbish I
buat I rasa ohsem!
hahaha


Dear my lovely buddy, you make my life perfect.
thank you so much because kenalkan dengan gang-gang otai tu yea..
Dan thanks to Allah sebab kenalkan kawan sebaik you..
( eh I harap you nangis..mesti nangis kalau tak jangan kawan dengan I)




Happy birthday 

Super busy

Hi there.
 I'm currently super busy with L.I -thing . Duh
L.I? it is latihan industri yang wajib bal ghunah untuk engineering student..
My day start 6 o'clock in the morning! Seriously I have to wake up time tu oioo 
Kalau dulu time diploma tempat praktikal I just took about 5-7minutes dari rumah but now it is 30minutes. Damn. yeah  damn

But I loOOOOOOOooooovvve my job. Semua kerja from dari site to kilang semua yang pernah belajar
bestkan? but the worst part is I ingat pun pernah belajar this kind of the process. hahhaa sewel aku nih

I'll upload picture kerja yang I buat and story mory dalam post yang lain detail ye..
hik2 daaa 
(saturday and sunday.. gonna love it )


Saturday, May 19, 2012

Sumber Insipirasi

Assalamualaikum wbt, and Hello semua..(sambil wave tangan)
Last week I met my brother. Aha ada event di Perlis and of course I sebagai duta Perlis dijemput hadir.
Bajet Miss Perlis o_O

Kalau tetamu berjumpa student mesti la tetamu akan belanja student yang sedang ikat perut sebab hujung sem so I boleh berjimat. Tips nih weh! 
So tetamu sila datangkan diri anda ke Perlis.. 

Kali ni bukan nak buat entry pasal makan
Entry lain ek saya share with korang pasal makan bersama dengan my big bro ok.
Sebab I rasa kali nih macam nak merepek pasal event tu jek ..hahaha
tapikan tiba-tiba hilang plak idea lepas dok layan FB je.

Seriously I lupa...
So terpaksa karang ayat yang muncul secara super spontan.


I  sangat tunggu event kali nie sebab this is the first time I can see my brother with his helmet, rally-suit and keep wondering how he gonna looks like. 
Will he looks like my Kimi Raikkonen? tapi Kimi putih so Lewis Hamilton la sesuai dengan dia
Since dia joined rally I never have a chance to see him not even once with this rally-thing. Kesiankan


How they are inspired me?


My brother, he loves car damn much! Anything about the car he gonna love it
So when I looked at him when he try to convince his customer to buy the car, it was soOOOO awesome! 
Love it when he talked about his passion and time tu banyak pulak dah mulut dia.
Dia suka kereta dia dapat kerja dalam bidang kereta. 
Dia suka kereta laju yang hanya tinggal habuk dibelakang dia dapat ride with this kind of car. 
Damn apa pasal kalau aku minta Mini Cooper tak dapat ha?


Lewis Hamilton Malaysia kot hang nih..

Kalau ada orang yang patut I jealous, it should be him
Seriously jealous dengan dia sebab dia dapat buat something yang dia nak. 




At this moment, I sure if my mom ada kat situ,
she must be so proud of him


Kalau aku dalam kereta Karamjit nih memang muntah hijau gamaknye


Tempat rally nih pun cambest gak.
Area Chuping dekat ladang tebu dekat dengan Padang Besar..
Padang Besar? Tempat shopping tue and macam dipanggil-panggil pulak ke sana
I ikut je Kak Aida and abg Aswad tu nak "tengok" Padang Besar tanpa beli apa-apa :p
They are so friendly and last-last baru I tahu kami baru kenal tak sampai 24jam tapi dah merata dibawa jalan. 


Kenalkan Kak Aida, Dia cam encyclopedic bergerak I sebab I tanya tu tanya nie pasal rally and dia bagi jawapan yang sangat cool. 
Dia pun inspired me too. Suka tengok dia support husband dia.
Semua kawan husband dia kawan dia.
Setiap kali ada rally dia akan pergi untuk make sure husband dia cukup makan minum.

Sweet kan? I personally thanks to her sebab jaga abang I gak.
So my future hasben kat luar sana. I will support you no matter what.
Bila awak masak sedap ke tak sedap ke saya makan je. support gak kan namanya.


Nie Abg Aswad nama diberi.
Ha3 dia cakap kalau orang rumah dia datang mesti banyak beli barang
but at the end dia yang terbeli banyak........


Got me! I pon terbeli bagpack warna turquoise
(memang pantang kalau nampak warna nih ok! )






Nicole Nicole kenapa awak tinggi?



Aktiviti curah mencurah dijalankan lepas driver and co-driver sampai.
Mereka tak kesah menang ke kalah ke janji habiskan race. 
Positive and they threat other team like family you know!
Waktu mereka prepared air untuk aktiviti nihkan 
Terus teringat zaman practical I. Waktu semua pekerja lari takut dijirus air.
Tapi aku lah yang tukang curah air kat pekerjanya 
Jangan haraplah diorang nak curah air kat aku sebab aku perempuan kan..
Bila I nampak crew-crew tukar tayar tukar kedajah menda lagi tah dengan pantasnya I memang rasa nak je ringan mulut nih cakap
" Abang ajar saya gak baiki kereta nih". Tapi tak terluah pon kang malu aku punya abang


Dua hari ikut abang I rally buat I berfikir balik.
Kenapa aku gatal tangan pergi tukar course..
Bukan dulu cita-cita  I nak jadi engineer untuk FI team ke? 
Nak tolong papa welding la. Hey guys do you believe I'm damn good in welding? 
Tapi tah-tah sekarang ni I pon dah tak tahu nak pasang electrode :'(
Mechanical oh mechanical aku rindu la 


Tapi sebabkan setahun je lagi nak habis..
Sabo je lah dengan course nih..
Hopefully bila aku dapat kerja
It would be something yang dapat jumpa balik diri I 
Walaupun mereka-mereka diatas ialah my inspiration untuk I buat apa yang I suka
Tapi manalah MAMPU nak pergi belajar balikkan......

Monday, May 14, 2012

Dine in #1

Rasa macam best pulak kalau blog nih disirami oleh makanan yang best dan 
paling best kalau time bulan puasa layan blog aku cambestkan 
time tu hambik ko jilat screen laptop!

I memang suka suka dan suka makan (you knew it already rite?)
kekadang kalau I rasa nak tiba-tiba nak makan semua lauk kat kedai tu memang I akan ambil je
Seriously.. (makcik I cakap jangan kebuluran so I took her advice!)
I'm so lucky sebab dapat kawan jenis layan je selera I
if I told them I nak secret recipe.. they also bought the cakes.
I jump they jump
but 
when they jump I just geleng kepala o_O 

So satu hari nih kan (I lupe la bila)
I ajak diowg dinner kat MAI CAFE! 
love the place.
but before that we headed to Secret to buy Tiramisu!




Coslow yang digemari tapi tak tahu eja!  


Mai Cafe Cappuccino blended! 
I like! 

Dhuha's carbonara! 




Vind's Nasi Goreng Tomyam
She mengidam nak makan Nasi Goreng Cina tapi tak ada plak
:'(
(still nice lorh)

Creamy Chicken 
sick of chicken chop then I try this
Sedap sampai cam nak makan tulang2 dia
tapi kena behave T_T


Tiramisu dihadap lepas sampai rumah tapi my tiramisu bau pewangi toilet
Cam musnah gila angan-angan tu..
Ape la Secret nih, aku bukan order pewangi toilet yg ubat gegat tu
aku order tiramisu cake lah weh! 
hangin !


Esoknye lepas dinner gaya anak raja kiteorg hanya dapat makan menda nih sahaja!
Seyes pokai..

Nasi putih + telur dadar = RM2.2 ^_^





Duha order kuey tiow goreng and Vind order menda sama 
rm 3.00

Apa motif masukkan harga makanan yang time tengah pokai?



Kiteorg dapat rezeki bergolek bila pergi beli makanan tengahari!
Makcik kuih bagi kuih yg melimpah ruah untuk kiteorang.
Siap sedekah jiran-jiran and pakcik-pakcik yang tengah buat kerja bawah blok..
Sedap kan kuih yg free???

Saturday, April 28, 2012

Awesome!

Entry kali ini bukanlah nak promote library UniMap yang awesome atau seangkatan dengannya atau nak show off kat kawan-kawan yang belum pernah jejakkan kaki ke library baru kita tapi itulah hakikat yang harus ditelan oleh korang sebab ia sememangnya 
AWESOME!
saja bagi besarkan font



Nie bukan lakonan ok! it's real yang my friends and I cari buku untuk Engineer in Society. Berlambak buku yang terpaksa dihadap. 
Yawn. Really yawn~


Bila dah penat hadap buku tu tiba-tiba terpandang buku masakan
and as a result it make all of us craving tahap mengidam 


But then after kami cari buku pasal Akta and system showed us that the book nicely placed at Ulu Pauh library kan so nak tak nak we have to terbang ke library yang sangat jauh. Sampai-sampai je disana we were just like 
"WOW", "EH tengok tu", 

warna yang sangat warni~

Ini baru betul lakonan

Dah macam kastam kat tepi ladang bunga aku tengok korang nih

Duha the kecik girl become the tallest among them 

Hey aku ada dimple kan

Zon Bising.. macam berada dalam kapal terbang tau

Rasa cam nak golek-golek je tau






 See it have all type of sofa, you named it u got it!

Kerusi yang best untuk duduk sambil tengok tv but
kalau pasang movie cam lagi best kot




Family Portrait

ohh I posing just like nak sanding o_O
Kerusi urut yang buat kami jerit dalam library



Giant books the best way for me to look selim





Well after penat jalan baru cari buku tapi buku tue macam tak berbaloi dipinjam.. 
Hahaha so pulanglah dengan tangan kosong
What kosong? Yea kosong :p

AWESOME kan???

Saturday, April 14, 2012

Checklist and do some action

Hello
Setuju tak bila makin ramai yang makin kita kenal @ berkawan will make us know our self deep deeper.

Kalau dari sekolah lagi, kawan-kawan macam tak suka share story pakwe makwe and sampai la dah dewasa sekalipun kawan still "biarlah rahsia" pasal pakwe makwe
we should do some checklist " aku mulut tempayan kah?"

Kalau you nie sensitive and if cakap sikit dah mula lari berkejaran meninggalkan  rumah,
Musabahah diri balik and do some action " aku tahu aku sensitive so aku tak akan kawan this kind of people"

Kalau tiba-tiba you dalam kesusahan + need some money tapi PTPTN dah habis diperlingkup and the worst part kawan-kawan you tak pinjamkan duit walaupun you tahu PTPTN kawan you tue hanyalah untuk dibayar yuran semata-mata,
please please check diri
" Aku memang liat nak bayar hutang"

At this moment, I personally know about myself better than anyone else (rasanyalah)
I admit I little bit sensitive but  I know how to cover it up
Laugh, Laugh and laugh
and usually when people who said something yang sengal but then cakap dengan I
I will talk nicely because they are my friends and apa-apa you will need them bila dalam kesusahan.
I'm not sensitive tak tentu pasal, I rasa annoying when some of people make you as a topic.
I realized that this kind of people is the big no no in my life.
I dunno why this kind of people rasa orang lain sangat kelakar and think their life is perfect.

Checklist yang I buat

Why people make me as a topic
Bergurau senda bagai hingga menjatuhkan harga diri
Bercakap pasal bentuk badan
After I teliti balik.. this is not their fault.
Seriously..
Ia berlaku sebab I seorang yang friendly,
So I let them into my life without any rules....

Action yang I ambil

I kept the distance between us..
It is the best decision so semua orang happy :)
and terus I buat some rules
this kind of people hanya boleh dibuat kawan waktu senang..
Stick with friends yang I rasa comfortable

Thanks to Allah sebab bagi peluang untuk mengenal diri sendiri
and bila korang juga menghadapi masalah kawan-kawan
please do some checklist and action too
Tak rugi pun buat macam nih :)



Monday, April 9, 2012

Cik Jah Cik Jah

Cik Jah bunyi macam Cik Gajah but already choose it as my name untuk anak-anak saudara I panggil bila diorang besar nanti.. Mostly my friends keep asking me the same question..
" Kenapa bukan mak lang aka mak helang @ mak andak aka mak landak " 
"Asal tak panggil umi ke ibu ke"
" Panggillah auntie pija"

Mak helang tak best, ibu @ umi tue lagi hampeh..kang bila bawak anak-anak saudara menjelajah shopping mall " Ibu ibu...nak ni" memang makan kaki la jawabnya anak-anak saudara sebab telah lenyapkan peluang mencari calon suami. Kalau panggil Auntie plak adeh so modern pulak..hahaha..

For the first time in my life, selalu membayangkan gaya-gaya anak saudara I and jealous sikit bila kawan-kawan boleh main dengan anak saudara mereka, I akhirnya dapat anak saudara bukan satu tapi dua..repeat after me sambil keluarkan dua jari "DUA". They are not twins. Abang I dapat baby boy 27th March and a week after my nephew jenguk dunia my sister  pula dapat baby girl.. hooorrayy lepas ini tinggal I sorang yang pakai baju saiz XL and baju-baju kakak ipar and kakak I automatically turun secara generasi kepada I. Jimat duit! 



Kenalkan Adam Afiq. Kulit putih just like his mom



Hello my name is Sarah Afeefa

Adam dan Sarah belum berjumpa lagi sebab kak Nadia I berpantang di rumah ibu dia. Jadi kiteorang melepaskan rindu dekat Adam via MMS & 3G. T_T hope sangat-sangat dapat jumpa Adam Afiq sebelum balik Perlis.





Don't get confused..itu Adam and pic seterusnya barulah Sarah Afeefa....

hey2 kecik-kecik dah pandai buat muka annoying
Adam seharusnya jealous bila tengok my cousins jaga Sarah dari kena nyamuk, basuh berak and tunggu untuk bermain dengan Sarah bila dia buka mata. Unfortunately Sarah hanya buka mata bila lapar and diorang tunggu lagi waktu Sarah menyusu and lastly SARAH TIDUR balik! hahahaha 



Dapat jugak capture muka diorang terkejut bila Sarah tiba-tiba celik


Asyraf gelarkan dirinya Abang and asyik mintak nak dukung Sarah..
hahah he lovin'it

Hope both of them akan menjadi anak yang soleh dan solehah. Berjaya dan dipermudahkan segala yang mereka lakukan dan makes their parents proud! amin ~~~~





Saturday, March 17, 2012

Craving for the sweetness

Housemates mesti rasa annoying sangat-sangat bila mereka bercerita tanpa skrip di tangan tiba-tiba I menyampuk                     WEH AKU RASA AKU NAK MAKAN TIRAMISU LAH! memang mintak kaki !
Seriously, I just find myself love something sweet. Not to sweet weh kang terus kencing terlebih manis. 
Can you guys accepted someone yang dah gosok gigi, pakai stokin and already said good night to her roommate but then suddenly woke up menuju ke arah kawan yang belum tidur 
"aku rasakan esok sebelum ke kelas aku nak beli donut :p" dengan muka yang memang orang yang mengandung surrender sebab mereka pun tak behave macam nih.

Cakes, donuts, pudding or any dessert like trifle, and sagu gula melaka argghh semuanya ditelan tanpa simpati. Sedapnya. Recently I just found that kedai cake yang selalu I beli chicken floss tue ada cake terbaru name OSAKA! 

Just a small cake in the cup, sponge cake maybe and the middle it is custard! 


hey it has snow!




Sanggup pengaruh rakan tak seberapa nak sebaya tak bagi beli secret recipe. Nie lagi sedap dan most importantly it is cheep and my treat sebab teman I pilih cake untuk birthday Kak Vind. Wawa buat muka gaya sopan makan padahal perkataan sedap tak henti-henti keluar. Ika dapat je terus makan dah abis makan tengok-tengok hidungnya putih sebab kena gula icing..hahahaha! Osaka ni bila nak makan tak boleh bernafas sebab nanti tersembur gula icing (tips untuk korang dah bakal rakus makan osaka)



ramai tau customer wished dekat dia


Happy birthday Vind! 생일 축하, 生日快乐, Maligayang Bati, alles Gute zum Geburtstag, joyeux anniversaire, お誕生日おめでとうございます, Semoga Allah memberkatimu 



Sorry about your cake vind.. Cake nih keras sebab tokey kedai letak cake dalam peti aiskrim and no wonder la pisau patah.. Kenapalah birthday gang-gang kita macam nih ? 

Sebelum pulang ke kampung, I beli 12 of Osaka..hahaha
my sister can't stop eating it

Ohhh HEAVEN !!!