Thursday, February 9, 2012

Tanpa dia disisi

"Mama suka lagu ini.. Nanti anak-anak mama jangan sedih macam nih"

Bila radio putarkan lagu nih or lagu nih dalam list winamp kawan I, I automatically changed the frequency or asked them play another song! seriously this song reminds me of her.. SIXTH SENSE ( Tanpa ) go and google on yourself.

4/2/11 

Hari yang tak mampu dilupakan. Hari yang mama tinggalkan anak-anak, hari yang mama tinggalkan papa, hari yang mama tinggalkan ibu dia, adik-beradiknya dan anak-anak saudaranya. Seriously kalau I tahu that day yang mama I akan pergi, I akan tidur di koridor hospital macam hari-hari sebelumnya. I akan jenguk dia  di ward terus-menerus.  Tak tahu kenapa I boleh terfikir tidur di rumah lagi best and suruh adik I gantikan tempat I untuk jaga mama? 

Kalau I tahu dia nak tinggalkan I, I akan urut kakinya bila disuruh bukan pergi suruh adik I urut kaki mama, I  akan berusaha cari resepi bergedil kesukannya bukan bagi mama I rasa bergedil yang masih dalam percubaan, masak sagu gula melaka kesukaannya, hari-hari tidur dengan mama I. Masa tak mampu berputar kembali! 

Kalau orang lain cakap betapa tabahnya sebab I just ambil cuti untuk 3 hari, NO I tak tabah macam kawan I cakap. Kalau orang lain pelik macam mana I boleh gelak terkekek-kekek, does they know what I am feeling inside?  Kalau orang lain cakap kenapalah tak letak pic mak dalam wallet u? I wished I can do that, korang tahu tak, bila I terpandang gambar mama I, semua kenangan datang and the most important I tak suka menangis depan orang. 

Sedihnya hanya Allah je tahu bila hari-hari yang ditempuhi tak dapat dikongsi dengan mama. Mana ada ibu  yang telefon anaknya pukul 1-3 pagi untuk tanya khabar anaknya? Mana ada ibu yang marah  selera anak bila anak dah order nasi goreng tapi tetiba perut boleh sumbat cucuk-cucuk bakar? Katanya kena cover makan nanti gemuk tapi bila anak kata taknak makan malam dia membebel cakap pagi esok bangun takada tenaga. Double personalities! Mana ada ibu membebel bagai nak rak bila tengok resit shopping anak yang panjang berjela tapi bila turn si ibu dia punya resit panjang tak pe pulak. Mana ada ibu yang belajar curi-curi guna handphone suami dia semata-mata nak telefon anak dia padahal kalau guna telefon rumah kan senang? Hanya mama je mampu buat semua tu sebabnya dia mama I!


"Mama kat hospital nih, doctor suruh rehat je so jangan risau. Ijah tu belajar rajin-rajin tak payah risau mama"
"Yang tiba-tiba nangis nih nape? dah besar pon nak nangis, jangan nangis nanti orang tengok ijah nampak bodoh"   
" Dah-dah mama nak letak tepon ingat tak payah risau mama, 2-3 hari mama dah boleh keluar dah"



Kata-kata terakhir mama untuk I  pada 24-1-2011. 
al-fatihah untuk mama I
Moga dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman