Wednesday, October 31, 2012

Sumpah buruk

Hi all!

Cuti-cuti sem nih memang aku tak akan sia-siakan penggunaan internet kat rumah aku. Haha laju woit
kalau dok kolej,  ko mandi pastu pegi tunggu turn mesin basuh pastu siap jemur belum tentu abes loading
sengalkan tu sebab aku malas bukak FB!

Time aku dok layan si Mat Luthfi  latest video, saja-saja bukak FB pastu terus aku pening lepas baca status kawan aku and dia buat aku rasa macam "OH SHIT GILER AKU TUA TAKLEH BACA TULISAN BUDAK2"

Haha actually aku nak je print screen status dia bagi korang pon pening tapi kang digomolnyer aku dekat Perlis sebab terang-terang pergi letak status dia dalam blog aku, siapo nak jawab ha? Status die bunyi gini lah (siap nk italic bagai aku nih)

"yeaaaahhh ariniew kitew b'jayew taw uwat kuih kegemeran kitew."
"mimpi too membuatkan kitew takot n sering berfikir..np cmew ni perlu timbul?"
"cmew dugaan too ade hikmahnyer"
"eeeewww tatot lah klaw mimpi too datang balik..tatotnyeww"
"tak de cpew cayunk :'( "
"jom la titow nanti leh mamam samew2"

**edit la sikit-sikit kang terang-terang kata aku complain gaya penulisan dia

Bayangkan aku memang sepatah haram tak paham apa ditulisnya. Dengan tulisan beso kecik beso kecik.. ish makin kuat aku guna otak! Yang heran boleh pulak tidur tukar jadi titow. Penat aku tafsirkan amenda lah. 

Kenapa perlu ditambah W dlm tidur? kalau malas guna perkataan kamus nah ambik "tdo" tu paling ringkas and jimatkan ruang sms. Kalau sorang je kawan aku yang suka tulis bahasa sanskrit aku cam no hal la sangat tapi ini 2-3 orang dok ikut. ayok!

Haaha actually adik aku pun dulu suka karang bahasa sanskrit. Sampai aku boikot kalau dia comment FB aku. Yela dah tak paham nak reply apakan? Nasib baik adik aku makan nasihat kalau tau maybe dia trauma nak comment status aku dah! 

Nak kata aku nih tua sangat sampai lembab tak boleh tafsir ayat terengkas.. rasa macam muda lagi. Nak kata aku lambat dengan arus tatabahasa sms macam tak logik. Nak kata inilah ayat terengkas zaman baru..haha ringkaskan tiba-tiba ada penambahan huruf W dalam tidur tu (aku tahu titow je. tu yang aku bagi contoh titow tu)

C'mon girls mari gunakan bahasa yang betul. Bukan lah tiba-tiba guna bahasa penuh time nak bersms
 " selamat petang, awak mari kita bersiar-siar di taman sambil jadi model saya untuk saya tajamkan skill photography saya"

itu nak kayakan tokey celcom, maxis etc. Just normal words and simple! kalau nak ringkas pon ok sebab ..siapa yang taknak hidup yang ringkaskan (ada persamaan ke?)  

let me share with you, why we need use a simple word?
  1. Sebab bukan semua orang faham ko tulis apa! contoh orang tua cam aku ha. Dibuat ko sms " tLg ToTop LAmpu TaW bIlE kO AbES *dY. goOd NitE..MuAh2" - memang confirm aku cuma faham good nite muah2 tu je.
  2. "pakcik bolew x anta cyew gi station bas.bas cyew kOl 2 nnt" - habit selalu tulis "terengkas" dah teruk sampai nak mesej dengan orang tua boleh guna ayat "terengas". Sian orang tua nak ringkaskan apa yang kita tulis
  3. lecturers yang memang kalau boleh kena guna ayat format tapi tersms " encik kt mnw tuew? cyew nak anta slip p'dftran niew haaa. Kalau aku jadi lecturer aku mesti aku balas ingat aku kawan hang!
  4. Eh very gedik ok!  Pastu rasa budak baru nak kenal dunia pun ada. Seriously itu yang aku rasa lah. Tak tau la kalau orang lain fikir.  




This video aku selalu layan dari dulu lagi. Video nih je aku layan dari Anwar Hadi nih (mat luthfi go!)  Tapi tepat apa yang mamat nih cakap. 

p/s  don't take it personally. It is just my personal opinion :')

1 comment:

  1. i think i know someone who used bahasa W ne..seriously sgt ssh nak mntafsirkan..kdg2 sgt la annoying..sikit2 dah la...kan2...

    ReplyDelete