Friday, January 18, 2013

Memori itu kembali

13 Januari 2013

"Ayah Yie dah tak de"
Panggilan telefon dari makcik yang aku panggil ibu membawa satu berita yang cukup buat hati kami sedih. Pakcik yang sentiasa membawa kami berjalan-jalan, beli pakaian yang sama dengan anak-anaknya sudah tiada pada waktu magrib. Terkejut kerana baru dua hari lepas dia datang ke rumah. Kalau lah aku dapat cium tangan dia sebelum dia balik...

Memori yang pahit datang balik. Aku nampak kain batik arwah ayah yie beralun-alun waktu aku terpandang kain batik yang menutupi arwah ayah. Eh ayah yie tak meninggal lah. Bodohkan aku. Mana ada orang mati hidup balik. Waktu mama meninggal pun aku mengharapkan keajaiban berlaku. Sampaikan waktu meletakkan mereka dalam liang lahat aku still harap keajaiban.

Sepupu-sepupu aku semua menanggis. Diorang bercerita perangai ayah yie yang suka mengusik. Time tu sepupu aku ada bagitahu
 " ayah yie bukan suka kita menanggis, waktu mama hang meninggal kita semua dok menanggis dia cakap kalau tahu nak nangis cm nih kenapa tak bawak pampers siap-siap"..

Waktu tu kami gelak tapi air mata semua dok jatuh. Ayah Yie meninggal magrib, terpaksa lah kiterorang tunggu keesokkan harinya untuk kebumikan arwah tapi time tu kawan-kawan ayah yie tak henti-henti datang, tunggu dekat hospital lah pastu follow van jenazah untuk hantar ke rumah aku. Pakcik aku ramai kawan dan dia sentiasa tolong & tak berkira dengan kawan-kawan dia. Budi ayah diorang ingat sebab tu kawan ayah datang tak kira masa. 

Kenapa aku sedih sangat-sangat bila pakcik aku meninggal? Kalau orang lain tinggal dengan parents korang sendiri tapi aku tak. Aku tinggal dengan pakcik-pakcik & makcik-makcik aku sampailah sekarang.  Macam ayah yie nih walaupon bila dia dah pindah rumah lain, kalau time bercuti akan diajaknya anak-anak saudara dia yang lain. Akan dibelinya baju untuk kiteorang yang sepeten dengan anak-anak dia.

Aku paling ingat waktu dia hantar kiteorang sekolah, aku terlupa nak mintak duit dari mama so mintak lah dekat arwah ayah yie dulu
" ayah yie, nak pinjam duit bayar duit buku, kite lupa mintak kat mama"
"ambil dalam dashboard"

mak aiii bila aku buka dashboard berikat-ikat duit, disimpannya dalam dashboard je. Buku tu tak sampai 20 hinggit tapi duit paling kecil dalam tu 50 hinggit je. Belasah la guna duit tu pastu simpan buat belanja lain katanya. Rindunya pada dia :'(

Ayat ayah yie kalau dia datang rumah cuma dua je ayat dari dulu kalau nak suruh aku buat air
" lamanya ayah tak minum air anak sedara ayah yie nih. buatkan ayah yie air"
"orang kata ijah terer buat air, buat secawan nak rasa betul ke tak"

Aku salute arwah pakcik aku sebab dia tak pernah bezakan kasih sayang dia antara anak-anak dia & anak-anak tiri dia. Ya dia ada anak tiri tapi dia anggap semua anak dia. Pakcik aku ada 5 orang anak tapi bayangkan anak-anak tiri dia yang lain semua menanggis tak henti-henti bila dapat tahu ayah dia meninggal. Ayah yie mesti bangga dengan anak-anak dia semua. Tadi aku ke rumah isteri dia. Waktu aku sampai aku tengok bagaimana anak-anak arwah bergaul sesama diorang. Bagusnya didikan ayah yie.

Ayah Yie....
Hampir seminggu ayah yie pergi..Walaupun kita hanya anak saudara ayah tapi kita tetap anggap ayah macam ayah sendiri. Terima kasih sebab ajar kita banyak benda: hormat, tolong tanpa berkira, sentiasa berfikiran baik. Moga ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 

No comments:

Post a Comment